Tuesday, July 27, 2010 |

TASAWUF

KITAB: PENAWAR BAGI HATI
PENCERAMAH: USTAZ MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL
TARIKH:18/07/2010 BERSAMAAN 06 SHAABAN 1431 HIJRAH
MUQADDIMAH
  1. Apabila seseorang mahukan ilmu, Alllah akan beri tak mengira umur atau darjatnya. contohnya : Syeikh Al-Banjari mula mendalami ilmu pada umur 30 tahun. Beliau menuntut ilmu di Makkah selama 30 tahun dan di Madinah selama 7 tahun.
  2. Segala jenis maksiat perlu ditinggalakn untuk mengigati ilmu. Contohnya: Imam as-Syafie apabila membaca kitab akan terus mengingati apa yang dibaca beliau. Sehinggakan apbila beliau membaca satu halaman, beliau terpaksa menutup halaman disebelahnya bagi mengelakkan dia secara tak sengaja terbaca dan terus menghafaz(mengingati) halaman tersebut. Namun, pada suatu hari, Imam as-Syafie susah untuk mengingati ilmu yang dibaca. beliau bertanya kepada Imam Waqi', tuan guru beliau berkenaan hal tersebut. Imam Waqi' menjawabnya dengan menyatakan kepada imam as-Syafie supaya meninggalkan semua jenis maksiat kerana "ILMU ADALAH CAHAYA DAN IA TAK AKAN MASUK PADA ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT"
  3. Orang yang teramat sangat menerima azab Allah adalah orang tidak memanfaatkan ilmu yang mereka dapat.
  4. Orang yang menelan ketul batu api neraka dalam api neraka adalah orang yang memberi nasihat tapi tidak mengamalkan apa yang dia nasihatkan kepada orang lain.
  5. Orang yang menuntut ilmu ada dalam 3 golongan (keadaan):
Pertama : Seorang lelaki @ perempuan menuntut imu untuk bekalan hari yang akan datang(akhirat) dan kerana Allah Taala.
Kedua : seorang lelaki @ perempuan menuntut ilmu untuk kehidupan yang akan datang. mereka menuntut ilmu hanya untuk kemegahan, pangkat dan harta. Amat hina orang yang berada dalam golongan ini. dan orang ini adalah amat berbahaya. tetapi apabila mereka bertaubat denga taubat nasuha mereka sepertimana orang tiada dosa.
Ketiga : Seorang lelaki @ atau perempuan yang mana syaitan telah kalahkan dia dan menggunakan ilmu sebagai wasilah untuk membanyakkan harta dan bermegah- megah. Mereka merasa kuat bila ramai pengikut. Beliau menggunakan ilmu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka merasakan mereka mempunyai tempat di sisi Allah. namun mereka silap. golongan ini adalah golongan yang celaka.

MUQADDIMAH PENGARANG BUKU
  1. Setiap amalan hendaklah bermula dengan basmalah agar lebih diberkati. Satu kisah, ada seorang suami yang bengang dengan isterinya yang sentiasa memulakan setiap perbuatan dengan basmalah. Suatu hari, si suami memasukkan ular dalam bekas yang berisi beras. Namun,apabila si isteri hendak mengambil beras untuk ditanak seperti biasa si isteri akan memulakan perbuatannya dengan basmalah., dengan kuasa Allah ular tersebut bertukar menjadi rantai emas.
  2. Betapa pentingnya solat sehinggakan Rasulullah perlu berjumpa sendiri dengan Allah.
  3. Allah memilih seseorang bukan pada paras rupa tetapi Allah melihat pada hati seseorang.
  4. Belajar mengosongkan hati dan mengisinya dengan Allah sahaja.
  5. Menghiasi hati dengan Allah sahaja. contohnya: melihat pokok teringat akan Allah.
  6. Ilmu tasawuf adalah ilmu yang membersihkan anggota zahir dan batin(dalaman). Anggota zahir ada tujuh:
>Mata
>Kedua telinga
>Lidah
>Perut
>Faraj
>Kedua tangan
>Kedua kaki
Mari kita muhasabah diri kita kembali, nikmat Allah kepada kita teramat banyak tetapi pernah tak kita betul mensyukurinya. adakah kita hanya sekadar mensyukurinya dengan mulut sahaja tetapi tidak dengan perbuatan kita.

WASSALAM......

1 comments:

Unknown said...

đồng tâm
game mu
cho thuê nhà trọ
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
số điện thoại tư vấn pháp luật miễn phí
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty trọn gói
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm tiếng anh
-Lấy danh nghĩa thần long phát thệ, tinh lực cả đời, vĩnh viễn không phản bội Diệp Âm Trúc vĩnh viễn vì hắn mà ra sức, thuộc hạ của hắn, huynh đệ của hắn. Nếu phản bội lời thề này, thần long phản phệ, trời tru đất diệt.

Vừa nói xong, không đợi Diệp Âm Trúc có hành động phản đối, hai người đồng thời cắn ngón giữa tay phải mình, hô nhẹ một tiếng, máu ngón giữa đồng thời bay lên không trung,đều tự phun ra một ngụm tiên huyết.

Tiên huyết ở giữa không trung hóa thành một đạo huyết long kỳ dị ,không giống như hình dạng cự long bình thường của thất long thành, mà là một loại trên đầu có hai sừng,hình thái đặc thù long tộc tràn ngập tôn uy vương giả trong thiên địa. Hai đạo huyết long bay lên, hóa thành lưỡng đạo lưỡng đạo tia chớp huyết quang, đột nhiên nhập vào đỉnh đầu Diệp Âm Trúc.

Diệp Âm Trúc chỉ cảm thấy toàn thân nóng lên, truyền đến một cỗ cảm giác ấm áp bao quanh thân thể, nhưng thân thể tịnh không có một cảm giác khác thường, theo dòng nhiệt nhanh chóng đi qua rất nhanh liền khôi phục lại bình thường.