Tuesday, January 25, 2011 |

Bab 1 : Sebuah Cinta


Cinta ibarat air bagi kehidupan,nurani bagi roh dan tenaga bagi tubuh.

Sesiapa saja akan duduk termanggu apabila mendengar berkenaan cinta,seorang ibu menyusui bayi kerana cinta.Dengan cinta mentari berlabuh lantas bibir menguntum senyuman lalu mata terlena.Cinta merupakan hakim kepada mahkamah dunia.Ia akan menyebelahi kekasihnya daripada orang lain.Ia tetap akan menyebelahi kekasihnya walaupun berlaku zalim.Dengan cinta seseorang sanggup memenggal kepala musuh di medan peperangan,kerana mereka amat mencintai azali.Sanggup menggadaikan nyawa mereka dihujung mata pedang,kerana mereka amat mengasihi risalah yang dibawa.Para sahabat amat mencintai pembawa sinar dan sang penurun wahyu.Sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mendapat redhaNya di badar,Uhud dan Hunain.Sanggup meninggalkan kesenangan,keselesaan dan kemewahan di Makkah juga demi kerana cinta.Di Madinah sebatang kara tidur beralaskan debu pasir demi redha seorang kekasih.

Kerana cinta harm ibnu malhan bangkit dari tidur dan terus menuju syahid.Kerana cinta umair ibnu humam terus ke syurga untuk hidup yang kekal selamanya (syahid di medan peperangan). Abdullah ibnu Amru Al-ansori berdoa: 'Ya Allah,Kau ambillah nyawa ini jika itu yang boleh mendatangakan redhamu'.Ketika cinta bersinar api yang panas membara bertukar menjadi sejuk yang nyaman (kisah nabi Ibrahim a.s.), ketika cinta berlabuh terbelahnya lautan (kisah nabi Musa a.s.), ketika cinta bersemi jinak lah unta dan terbelahlah bulan (kisah nabi Muhammad s.a.w.)

Cinta itu suatu asyik yang amat mengasyikkan,Seseorang sanggup syahid kerana cinta

Ku amat mencintaimu,Usah ditanya kenapa ku begini

Ku mencintaimu seolah-olah cinta inilah pegangan dan mazhabku

Dengan cinta bangun abid dari lena meninggalkan tilam yang empuk untuk berqiam,dengan cinta nyawa sebagai galang ganti,dengan cinta menitisnya air mata,gelisahnya hati, tidak mengucapkan kata kecuali apa yang mahu didengari(oleh kekasih).Cinta umpama aliran elektrik yang menyinarkan neon-neon lampu juga menyentak tangan yang menyentuh. Cinta umpana galaxi dengannya angkasa berputar, memagari bintang-bintang dan menaungi sekalian planet-planet tiada yang terjatuh dan berkecai. Dengan cinta mentari berlegar disekitar tiada yang disana perlanggaran.

Dihari berakhirnya cinta hancurlah bumi,prasangka kan munguasai diri, kan muncul perpecahan dan permusuhan. Dihari berakhirnya cinta para pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkan oleh gurunya,isteri tidak akan menghiraukan suami walaupun yang diminta hanya secawan air. Seorang ayah akan tetap tenang walaupun anak dalam kandang singa.Dihari berakhirnya cinta lebah tidak lagi menghirup aroma bunga, sunyi dari kicauan burung-burung dan unggas tidak lagi kelihatan. Dihari berakhirnya cinta berlakulah perang dan pembunuhan dimana-mana, hancurlah binaan, tiada lagi nilai maruah, jiwa dan harta tidak lagi dihargai. Dihari berakhirnya cinta dunia ibarat padang tandus tiada lagi percaya tiada kenangan semuanya sia-sia.Tiada kehidupan tanpa cinta,kita tidak mampu untuk hidup kecuali adanya cinta.kita tidak mampu bertahan kecuali kerana cinta.Pabila wujudnya cinta mewangilah bunga-buangaan diselaan kelopaknya yang lembut dan kita dapat merasakan manisnya madu, padanya penyembuh, ianya penemuan agung para ilmuan, barulah kita mengerti rahsia disebaliknya.

Diketika marah menguasai, terpancullah semua kata-kata nista,setiap urusan menjadi sangsi dan setiap tingkah laku menjadi prejudis.Setiap ehsan menjadi keji, ketika kasih kembali, marah bertukar redha,kesilapan dimaafkan dan kelalaian dihapuskan.

Bagiku bersugi itu suatu yang menjelekkan

Tetapi ku tetap mengamalkannya kerana itu yang kau sukai(sunnah rasulullah S.A.W)

Cinta umpama pepasir,yang berada dimana-mana tiada suatu tempat yang tiadanya. Cinta yang tertinggi ialah ketaatan,pengabdian,penyaksiaan dan ketuanan.

Cinta kerana ilahi berlandaskan syariat bagi memimpim perjalanan sebagai penunjuk destinasi seterusnya untuk sampai kepadaNya. Cinta adalah anugerah illahi yang maha tinggi lagi mulia dan menjanjikan kebahagian yang pasti. Oleh itu kenapa kamu tidak mencintai Allah? Yang tiada sesiapa yang boleh memberikan cinta kecuali Dia.yang kepadaNya lah sepatutnya kita menaruh cinta dan kita hanya mengharapkan cinta daripadaNya. Dia lah satu-satunya yang senantiasa memberikan perhatian, pabila dia menentukan sesuatu itulah yang terbaik, Semua yang ditentukanNya rahmat seluruh penciptaanNya menawan bahkan sekaliannya sempurna tiada yang tercela bahkan semuanya elok dari awal hingga ke akhir. Oleh itu mencintaiNya wajib,mendekatkan diri kepadaNya fardu,mensyukuri nikmatNya mesti dan mentaatiNya pasti.

Adapun mencintai yang selainNya memerlukan cagaran,nafsu yang bersama,materialis merupakan tujuan,penuh dengan kesangsian, kekurangan,kelemahan dan tiada berkekalan yang akhirnya akan membawa kekesalan dan kelesuan.

Tidak ada seorang pun dikalangan insan yang mampu menenangkan jiwa, Oleh itu usah berserah kecuali hanya kepadaNya.Dia ialah Allah,sekiranya kamu mencintaiNya akan memberikan ketenangan kepadamu buat selamanya.


QanuniTantawi

Muqaddimah "Pengorbanan Cinta"



Ada yang meyangka mereka yang mendalami ilmu agama ataupun ulama amat menjemukan dan langsung tidak mengambil tahu berkenaan cinta bahkan langsung tidak tahu nilai sebuah cinta dan kabur apakah itu cinta. Akan tetapi yang sebenarnya pandangan inilah yang amat dangkal tidak tepat sama sekali.Bahkan cinta senantiasa subur mekar di dalam kalbu para siddiqin. Yang senantiasa mengalunkan bait-bait syahdu dipentas cinta.

Namun ianya adalah cinta yang mulia lagi suci.Para solihin menintakannya dengan air mata,menghunuskan mata pena dengan titisan darah mereka.Kerana itulah menjadikan mereka tersenarai dalam kalangan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja kerana cinta, mereka kekal diingati sepanjang zaman.

Ku ingin membawa para pembaca kearah memahami cinta yang terindah dan mempersiakan perjalanan cinta yang tidak menentu,yang ianya hadir mengeruhkan suasana kepada satu kehidupan yang indah terpuji dan sempurna.Kita kan sama merentasinya sehingga kita kan sanggup melakukan pengorbanan cinta jiwa dan raga kerananya.

Kita akan mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan cinta setelah selesai membaca coretan ini seterusnya kamu akan memahami apa yang ku maksudkan setelah melaluinya.


وَالله وَحْدَه نسأل أَنْ يَجْعَلَنَا مِنْ أَحْبَابِهِ اَو الشُّهَدَأ فِي سَبِيْلِِه

'Hanya ALLAH lah yang menentukan diantara kita samada kekasihNya ataupun dikalangan para syuhada’ dijalanNya'.

"Pengorbanan Cinta" karya Syeikh Dr. Aeid Al-Qorni


Assalamualaikum buat semua ahli PERUBATAN Cawangan Tanta.

Sebuah novel berjudul 'Pengorbanan Cinta' karya ulama terkenal iaitu Syeikh Dr. Aied Al-Qorni.

Novel ini sebenarnya dicetak didalam bahasa arab, dengan semangat saudara kita 'Qanuni Tantawi' dapat menterjemah novel ini ke Bahasa Melayu supaya kita ahli-ahli Tanta dapat memanfaatkannya. Kita haruslah bersyukur kerana ada juga saudara kita seperti 'Qanuni Tantawi' di Tanta ini yang sanggup meluangkan masanya untuk menterjemah novel ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa beliau.

Kita haruslah memahami dan menghayati cinta yang cuba disampaikan oleh Syeikh Dr. Aeid Al-Qorni.Cinta itu terlalu indah, janganlah kita mencemari cinta itu dengan perbuatan kita sendiri.Ingatlah sahabat-sahabatku, kerana cintalah ulama-ulama dahulu sanggup menulis beribu-ribu kitab supaya kalimah ALLAH itu tersebar.'Ulama adalah pewaris para Nabi'.

Novel ini mengandungi enam bab, buat minggu ini bab muqaddimah dan bab satu akan menemui anda.Dengan izin ALLAH, bab dua akan menyusul minggu depan dan seterusnya.Jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan,permohonan maaf dipinta dari pihak kami dan sama-sama kita perbetulkan.
Saturday, January 22, 2011 |

..dinner amal..


Alhamdulillah,selesai sudah dinner amal PERUBATAN Cawangan Tanta.Tahniah diucapkan kepada adhoc-adhoc pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program seumpama ini.

Sebagai wakil bagi pelajar PCT, ingin mengucapkan tahniah kepada mana-mana ahli PCT yang dapat menghadiri majlis tersebut.Kepada yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut, janganlah rasa sedih,tersinggung, geram dan sebagainya.Insya Allah,tahun hadapan masih berpeluang untuk anda pula yang berbuat amal jariah.

Program ini adalah bertujuan untuk membuat kebajikan tapi yang paling penting keikhlasan niat kita,janganlah pula kita memikirkan seumpama ini untuk program dinner:

buat ikhwah : 'Aku rasa aku nak pakai smart-smart malam ni,biar semua akhawat terpegun apabila terpandang aku'.
buat akhawat : 'Aku nak jugak pakai cantik-cantik biar ikhwah tengok aku lain dari biasa,pakai biar nampak ayu sikit ke'.

Jadi, ikhlaskan niat kita di setiap perkara yang ingin kita lakukan.Walaupun kita dah terlanjur di majlis dinner malam tadi tetapi Allah Maha Penerima Taubat.Bertaubatlah..'sesungguhnya semua anak Adam melakukan maksiat dan sebaik-baik pelaku maksiat adalah yang orang-orang yang bertaubat'. - Hadith -

Saya ingin ajukan soalan kepada semua.Adakah kita suka apabila kita mendapat emas? Mestilah suka kan?Tapi cuba fikir kalau kita diajak untuk sama-sama mengerjakan kebajikan, mungkin ada yang bersepakat untuk lari menyelamatkan diri.Padahal hakikatnya mereka yang lari itu adalah mereka yang merugikan diri mereka sendiri.

Cuba kita sama-sama renungkan situasi kita pada hari ini sebagai penuntut di bumi anbiya',yang sedia dimaklumi oleh umum dengan keadaan rakyatnya yang miskin.Bagaimanakah kita apabila kita terserempak dengan peminta sedekah di jalanan? Apakah reaksi kita terhadap saudara seislam dengan kita yang kurang bernasib baik ini? Adakah kita buat tak tahu saja? Atau kita hulurkan sedikit tetapi dengan cara yang kasar?

Terfikirkah kita untuk sedikit beradab dengan mereka,mereka juga insan seperti kita yang punyai hati dan naluri.Sesiapa yang menghulurkan bersama dengan keikhlasan itu adalah yang sebaik-baiknya.Pepatah arab ada mengatakan, 'tangan yang diatas (pemberi) itu adalah lebih baik dari tangan yang berada di bawah (penerima)'.Apalah salahnya jikalau kita sebagai insan contoh untuk memberi dengan beradab.Contohnya sebelum memberi,bagilah salam dulu atau mengungkap kata-kata yang baik ketika memberi (contohnya : tafaddhol ya baba / tafaddholie ya mama).Bukankah salam itu doa sesama muslim? Dan mengucapkan kata-kata yang baik itu adalah akhlak seorang muslim?

Dari sudut lainnya,cuba kita fikir mengapakah Allah mengadakan peminta sedekah? Mengapa Allah tidak buat semua manusia kaya-raya? Sebenarnya semua ini,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji kita,setakat mana iman dan ihsan kita pada yang lain dan sesiapa yang dapat melepasi ujian ini,maka akan beruntunglah kerana peningkatan darjatnya di sisi Rabbul Izzati sekali gus dapat memuliakannya di sisi kerajaan langit.ALLAHU AKBAR !

Sebagai peringatan bersama,kita hanyalah seorang insan yang sangat hina dan hanya kerana Islamlah kita diangkat mulia sehingga dapat melebihi para malaikat jika kita mempunyai keimanan yang tinggi.

Salam perjuangan untuk semua~

Al-Quran Tentang Serebrum Manusia


Allah telah berfirman dalam al-Quran tentang salah seorang yang tidak mempercayai Nabi Muhammad sallallahu alaihii wasallam telah menghalang baginda untuk mengerjakan solat di depan Kaabah :

كَلا لَئِنْ لَمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًابِالنَّاصِيَةِ[15] نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ[16]

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka)”

Surah al-‘Alaq:15

“Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah”.

Surah al-‘Alaq:16

Mengapakah al-Quran menjelaskan ubun-ubun orang yang berdusta dan bersalah? Mengapa tidak al-Quran jelaskan orang yang berdusta dan bersalah? Apakah kaitan antara ubun-ubun dengan orang yang berdusta dan bersalah?

Jika kita melihat ke dalam tengkorak di bahagian depan kepala,kita akan menjumpai serebrum di bahagian depan yang dipanggil prefrontal area. Apakah peranan fugsi otak di bahagian ini mengikut fisiologinya? Sebuah buku yang berjudul ‘The essentials of Anatomy & Physiology’ telah memberi penjelasan tentang bahagian ini : ‘Ransangan dan idea untuk merancang juga untuk memulakan sesuatu pergerakan adalah berlaku di bahagian hadapan otak,prefrontal area.Ini adalah bahagian untuk association cortex…’ lagi penjelasan dari buku ini : ‘Otak depan juga berhubungkait dengan ransangan, prefrontal area juga berfungsi sebagai pusat penerimaan maklumat..’

Kesimpulannya,serebrum pada bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, memotivasi dan memulakan perbuatan sama ada yang baik dan yang buruk (dosa) dan yang berperanan mengucapkan yang salah (menipu) atau yang benar.Demikianlah, ia memang sesuai untuk mengatakan bahagian depan otak atau serebrum sebagai tempat berfikir tentang bagaimana kata-kata ingin dusta dan berdosa apabila si pendusta itu menipu atau si pembuat dosa itu melakukan maksiat sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran “..ubun-ubun (naseyah) orang yang berdusta dan bersalah!”

Saintis telah menemukan fungsi serebrum di bahagian depan ini sejak 60 tahun yang lepas,oleh Profesor Keith L. Moore.

Saturday, January 15, 2011 |

MUQADDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan Ke hadrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan yang dianugerahkan olehNya, sehingga kami dapat menghasilkan blog ini.

Blog ini dihasilkan adalah untuk memberi ilmu-ilmu yang berguna kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) khasnya dan seluruh umat islam amnya.Kami cuba untuk mengumpulkan kajian-kajian sains yang berkaitan dengan Al-Quran daripada sumber-sumber yang sahih (insyaALLAH) iaitu doktor-doktor, kalangan kita sendiri dan lain-lain. Semua ilmu yang kami cuba sampaikan ini, berkait rapat dengan diri kita, hidup kita dan semua yang disekeliling kita dan yang berasaskan islam. Blog ini juga dihasilkan adalah untuk membina individu muslim yang An-namuzaji (contoh kepada orang lain) iaitu individu yang hebat dalam semua aspek seperti akidah yang jitu, akhlak yang mantap dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan blog ini, ia dapat disebarkan dengan meluas lagi, sehingga ia benar-benar dapat dimanfa’atkan oleh segenap kaum muslimin yang cintakan kedaulatan islam dan juga barisan pelapis muda yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk mengembangkan syiar Islam.
Selaku manusia biasa, kami tidak mampu memberi jaminan sepenuhnya blog ini terpelihara daripada sebarang kesilapan kecil mahupun besar, namun kami sentiasa berusaha sedaya upaya kami untuk melakukan yang terbaik. Sekiranya terdapat salah silap yang tidak disengajakan, para cerdik pandai dan cendekiawan amat diharapkan dapat tampil membuat pembetulan, agar segala kekeliruan dan kesamaran dapat diperjelaskan. Sebenarnya kami bukanlah orang yang paling layak memikul tugas pengumpulan ini, namun demikian amanah dan tanggungjawab terhadap agama, kami memberanikan diri untuk menjalankannya sedaya upaya kami. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penggerak-penggerak blog kami dan ajk-ajk yg bertungkus lumus untuk membina blog ini. ALLAH jualah yang selayaknya membalas jasa-jasa mereka.

Semoga usaha yang sedikit ini tetap dipandang ALLAH sebagai usaha murni untuk mengembangkan lagi da’wah Islamiyyah di muka bumi ini.
Sekian, Wasallam.

OMAR BIN NAZMI
KETUA SUBUNIT THAQAFAH,
UNIT PEMBANGUNAN INSAN,
PERUBATAN Cawangan Tanta.
14 Januari 2011