Saturday, January 22, 2011 |

Al-Quran Tentang Serebrum Manusia


Allah telah berfirman dalam al-Quran tentang salah seorang yang tidak mempercayai Nabi Muhammad sallallahu alaihii wasallam telah menghalang baginda untuk mengerjakan solat di depan Kaabah :

كَلا لَئِنْ لَمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًابِالنَّاصِيَةِ[15] نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ[16]

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka)”

Surah al-‘Alaq:15

“Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah”.

Surah al-‘Alaq:16

Mengapakah al-Quran menjelaskan ubun-ubun orang yang berdusta dan bersalah? Mengapa tidak al-Quran jelaskan orang yang berdusta dan bersalah? Apakah kaitan antara ubun-ubun dengan orang yang berdusta dan bersalah?

Jika kita melihat ke dalam tengkorak di bahagian depan kepala,kita akan menjumpai serebrum di bahagian depan yang dipanggil prefrontal area. Apakah peranan fugsi otak di bahagian ini mengikut fisiologinya? Sebuah buku yang berjudul ‘The essentials of Anatomy & Physiology’ telah memberi penjelasan tentang bahagian ini : ‘Ransangan dan idea untuk merancang juga untuk memulakan sesuatu pergerakan adalah berlaku di bahagian hadapan otak,prefrontal area.Ini adalah bahagian untuk association cortex…’ lagi penjelasan dari buku ini : ‘Otak depan juga berhubungkait dengan ransangan, prefrontal area juga berfungsi sebagai pusat penerimaan maklumat..’

Kesimpulannya,serebrum pada bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, memotivasi dan memulakan perbuatan sama ada yang baik dan yang buruk (dosa) dan yang berperanan mengucapkan yang salah (menipu) atau yang benar.Demikianlah, ia memang sesuai untuk mengatakan bahagian depan otak atau serebrum sebagai tempat berfikir tentang bagaimana kata-kata ingin dusta dan berdosa apabila si pendusta itu menipu atau si pembuat dosa itu melakukan maksiat sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran “..ubun-ubun (naseyah) orang yang berdusta dan bersalah!”

Saintis telah menemukan fungsi serebrum di bahagian depan ini sejak 60 tahun yang lepas,oleh Profesor Keith L. Moore.