Tuesday, January 25, 2011 |

Bab 1 : Sebuah Cinta


Cinta ibarat air bagi kehidupan,nurani bagi roh dan tenaga bagi tubuh.

Sesiapa saja akan duduk termanggu apabila mendengar berkenaan cinta,seorang ibu menyusui bayi kerana cinta.Dengan cinta mentari berlabuh lantas bibir menguntum senyuman lalu mata terlena.Cinta merupakan hakim kepada mahkamah dunia.Ia akan menyebelahi kekasihnya daripada orang lain.Ia tetap akan menyebelahi kekasihnya walaupun berlaku zalim.Dengan cinta seseorang sanggup memenggal kepala musuh di medan peperangan,kerana mereka amat mencintai azali.Sanggup menggadaikan nyawa mereka dihujung mata pedang,kerana mereka amat mengasihi risalah yang dibawa.Para sahabat amat mencintai pembawa sinar dan sang penurun wahyu.Sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mendapat redhaNya di badar,Uhud dan Hunain.Sanggup meninggalkan kesenangan,keselesaan dan kemewahan di Makkah juga demi kerana cinta.Di Madinah sebatang kara tidur beralaskan debu pasir demi redha seorang kekasih.

Kerana cinta harm ibnu malhan bangkit dari tidur dan terus menuju syahid.Kerana cinta umair ibnu humam terus ke syurga untuk hidup yang kekal selamanya (syahid di medan peperangan). Abdullah ibnu Amru Al-ansori berdoa: 'Ya Allah,Kau ambillah nyawa ini jika itu yang boleh mendatangakan redhamu'.Ketika cinta bersinar api yang panas membara bertukar menjadi sejuk yang nyaman (kisah nabi Ibrahim a.s.), ketika cinta berlabuh terbelahnya lautan (kisah nabi Musa a.s.), ketika cinta bersemi jinak lah unta dan terbelahlah bulan (kisah nabi Muhammad s.a.w.)

Cinta itu suatu asyik yang amat mengasyikkan,Seseorang sanggup syahid kerana cinta

Ku amat mencintaimu,Usah ditanya kenapa ku begini

Ku mencintaimu seolah-olah cinta inilah pegangan dan mazhabku

Dengan cinta bangun abid dari lena meninggalkan tilam yang empuk untuk berqiam,dengan cinta nyawa sebagai galang ganti,dengan cinta menitisnya air mata,gelisahnya hati, tidak mengucapkan kata kecuali apa yang mahu didengari(oleh kekasih).Cinta umpama aliran elektrik yang menyinarkan neon-neon lampu juga menyentak tangan yang menyentuh. Cinta umpana galaxi dengannya angkasa berputar, memagari bintang-bintang dan menaungi sekalian planet-planet tiada yang terjatuh dan berkecai. Dengan cinta mentari berlegar disekitar tiada yang disana perlanggaran.

Dihari berakhirnya cinta hancurlah bumi,prasangka kan munguasai diri, kan muncul perpecahan dan permusuhan. Dihari berakhirnya cinta para pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkan oleh gurunya,isteri tidak akan menghiraukan suami walaupun yang diminta hanya secawan air. Seorang ayah akan tetap tenang walaupun anak dalam kandang singa.Dihari berakhirnya cinta lebah tidak lagi menghirup aroma bunga, sunyi dari kicauan burung-burung dan unggas tidak lagi kelihatan. Dihari berakhirnya cinta berlakulah perang dan pembunuhan dimana-mana, hancurlah binaan, tiada lagi nilai maruah, jiwa dan harta tidak lagi dihargai. Dihari berakhirnya cinta dunia ibarat padang tandus tiada lagi percaya tiada kenangan semuanya sia-sia.Tiada kehidupan tanpa cinta,kita tidak mampu untuk hidup kecuali adanya cinta.kita tidak mampu bertahan kecuali kerana cinta.Pabila wujudnya cinta mewangilah bunga-buangaan diselaan kelopaknya yang lembut dan kita dapat merasakan manisnya madu, padanya penyembuh, ianya penemuan agung para ilmuan, barulah kita mengerti rahsia disebaliknya.

Diketika marah menguasai, terpancullah semua kata-kata nista,setiap urusan menjadi sangsi dan setiap tingkah laku menjadi prejudis.Setiap ehsan menjadi keji, ketika kasih kembali, marah bertukar redha,kesilapan dimaafkan dan kelalaian dihapuskan.

Bagiku bersugi itu suatu yang menjelekkan

Tetapi ku tetap mengamalkannya kerana itu yang kau sukai(sunnah rasulullah S.A.W)

Cinta umpama pepasir,yang berada dimana-mana tiada suatu tempat yang tiadanya. Cinta yang tertinggi ialah ketaatan,pengabdian,penyaksiaan dan ketuanan.

Cinta kerana ilahi berlandaskan syariat bagi memimpim perjalanan sebagai penunjuk destinasi seterusnya untuk sampai kepadaNya. Cinta adalah anugerah illahi yang maha tinggi lagi mulia dan menjanjikan kebahagian yang pasti. Oleh itu kenapa kamu tidak mencintai Allah? Yang tiada sesiapa yang boleh memberikan cinta kecuali Dia.yang kepadaNya lah sepatutnya kita menaruh cinta dan kita hanya mengharapkan cinta daripadaNya. Dia lah satu-satunya yang senantiasa memberikan perhatian, pabila dia menentukan sesuatu itulah yang terbaik, Semua yang ditentukanNya rahmat seluruh penciptaanNya menawan bahkan sekaliannya sempurna tiada yang tercela bahkan semuanya elok dari awal hingga ke akhir. Oleh itu mencintaiNya wajib,mendekatkan diri kepadaNya fardu,mensyukuri nikmatNya mesti dan mentaatiNya pasti.

Adapun mencintai yang selainNya memerlukan cagaran,nafsu yang bersama,materialis merupakan tujuan,penuh dengan kesangsian, kekurangan,kelemahan dan tiada berkekalan yang akhirnya akan membawa kekesalan dan kelesuan.

Tidak ada seorang pun dikalangan insan yang mampu menenangkan jiwa, Oleh itu usah berserah kecuali hanya kepadaNya.Dia ialah Allah,sekiranya kamu mencintaiNya akan memberikan ketenangan kepadamu buat selamanya.


QanuniTantawi

0 comments: