
Alhamdulillah,selesai sudah dinner amal PERUBATAN Cawangan Tanta.Tahniah diucapkan kepada adhoc-adhoc pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program seumpama ini.
Sebagai wakil bagi pelajar PCT, ingin mengucapkan tahniah kepada mana-mana ahli PCT yang dapat menghadiri majlis tersebut.Kepada yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut, janganlah rasa sedih,tersinggung, geram dan sebagainya.Insya Allah,tahun hadapan masih berpeluang untuk anda pula yang berbuat amal jariah.
Program ini adalah bertujuan untuk membuat kebajikan tapi yang paling penting keikhlasan niat kita,janganlah pula kita memikirkan seumpama ini untuk program dinner:
buat ikhwah : 'Aku rasa aku nak pakai smart-smart malam ni,biar semua akhawat terpegun apabila terpandang aku'.
buat akhawat : 'Aku nak jugak pakai cantik-cantik biar ikhwah tengok aku lain dari biasa,pakai biar nampak ayu sikit ke'.
Jadi, ikhlaskan niat kita di setiap perkara yang ingin kita lakukan.Walaupun kita dah terlanjur di majlis dinner malam tadi tetapi Allah Maha Penerima Taubat.Bertaubatlah..'sesungguhnya semua anak Adam melakukan maksiat dan sebaik-baik pelaku maksiat adalah yang orang-orang yang bertaubat'. - Hadith -
Saya ingin ajukan soalan kepada semua.Adakah kita suka apabila kita mendapat emas? Mestilah suka kan?Tapi cuba fikir kalau kita diajak untuk sama-sama mengerjakan kebajikan, mungkin ada yang bersepakat untuk lari menyelamatkan diri.Padahal hakikatnya mereka yang lari itu adalah mereka yang merugikan diri mereka sendiri.
Cuba kita sama-sama renungkan situasi kita pada hari ini sebagai penuntut di bumi anbiya',yang sedia dimaklumi oleh umum dengan keadaan rakyatnya yang miskin.Bagaimanakah kita apabila kita terserempak dengan peminta sedekah di jalanan? Apakah reaksi kita terhadap saudara seislam dengan kita yang kurang bernasib baik ini? Adakah kita buat tak tahu saja? Atau kita hulurkan sedikit tetapi dengan cara yang kasar?
Terfikirkah kita untuk sedikit beradab dengan mereka,mereka juga insan seperti kita yang punyai hati dan naluri.Sesiapa yang menghulurkan bersama dengan keikhlasan itu adalah yang sebaik-baiknya.Pepatah arab ada mengatakan, 'tangan yang diatas (pemberi) itu adalah lebih baik dari tangan yang berada di bawah (penerima)'.Apalah salahnya jikalau kita sebagai insan contoh untuk memberi dengan beradab.Contohnya sebelum memberi,bagilah salam dulu atau mengungkap kata-kata yang baik ketika memberi (contohnya : tafaddhol ya baba / tafaddholie ya mama).Bukankah salam itu doa sesama muslim? Dan mengucapkan kata-kata yang baik itu adalah akhlak seorang muslim?
Dari sudut lainnya,cuba kita fikir mengapakah Allah mengadakan peminta sedekah? Mengapa Allah tidak buat semua manusia kaya-raya? Sebenarnya semua ini,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji kita,setakat mana iman dan ihsan kita pada yang lain dan sesiapa yang dapat melepasi ujian ini,maka akan beruntunglah kerana peningkatan darjatnya di sisi Rabbul Izzati sekali gus dapat memuliakannya di sisi kerajaan langit.ALLAHU AKBAR !
Sebagai peringatan bersama,kita hanyalah seorang insan yang sangat hina dan hanya kerana Islamlah kita diangkat mulia sehingga dapat melebihi para malaikat jika kita mempunyai keimanan yang tinggi.
Salam perjuangan untuk semua~
0 comments:
Post a Comment