Saturday, January 15, 2011 |

MUQADDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan Ke hadrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan yang dianugerahkan olehNya, sehingga kami dapat menghasilkan blog ini.

Blog ini dihasilkan adalah untuk memberi ilmu-ilmu yang berguna kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) khasnya dan seluruh umat islam amnya.Kami cuba untuk mengumpulkan kajian-kajian sains yang berkaitan dengan Al-Quran daripada sumber-sumber yang sahih (insyaALLAH) iaitu doktor-doktor, kalangan kita sendiri dan lain-lain. Semua ilmu yang kami cuba sampaikan ini, berkait rapat dengan diri kita, hidup kita dan semua yang disekeliling kita dan yang berasaskan islam. Blog ini juga dihasilkan adalah untuk membina individu muslim yang An-namuzaji (contoh kepada orang lain) iaitu individu yang hebat dalam semua aspek seperti akidah yang jitu, akhlak yang mantap dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan blog ini, ia dapat disebarkan dengan meluas lagi, sehingga ia benar-benar dapat dimanfa’atkan oleh segenap kaum muslimin yang cintakan kedaulatan islam dan juga barisan pelapis muda yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk mengembangkan syiar Islam.
Selaku manusia biasa, kami tidak mampu memberi jaminan sepenuhnya blog ini terpelihara daripada sebarang kesilapan kecil mahupun besar, namun kami sentiasa berusaha sedaya upaya kami untuk melakukan yang terbaik. Sekiranya terdapat salah silap yang tidak disengajakan, para cerdik pandai dan cendekiawan amat diharapkan dapat tampil membuat pembetulan, agar segala kekeliruan dan kesamaran dapat diperjelaskan. Sebenarnya kami bukanlah orang yang paling layak memikul tugas pengumpulan ini, namun demikian amanah dan tanggungjawab terhadap agama, kami memberanikan diri untuk menjalankannya sedaya upaya kami. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penggerak-penggerak blog kami dan ajk-ajk yg bertungkus lumus untuk membina blog ini. ALLAH jualah yang selayaknya membalas jasa-jasa mereka.

Semoga usaha yang sedikit ini tetap dipandang ALLAH sebagai usaha murni untuk mengembangkan lagi da’wah Islamiyyah di muka bumi ini.
Sekian, Wasallam.

OMAR BIN NAZMI
KETUA SUBUNIT THAQAFAH,
UNIT PEMBANGUNAN INSAN,
PERUBATAN Cawangan Tanta.
14 Januari 2011

0 comments: