Saturday, March 26, 2011 |

Al-Quran Mengenai Laut dan Ombak Dalam


Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Al-Quran:

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِى بَحْرٍ لُّجِّىٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِِّنْ فَوْقِهِ،مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ اِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْيَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُ نُوْرًا فَمَا لَهُ مِن

نُّورٍ[40]

Yang bermaksud:

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa kegelapan yang akan kita temui ketika berada di laut dalam.

Buktinya ialah jika seseorang mengeluarkan tangannya ketika itu, nescaya dia tidak akan dapat melihat tangannya sepertimana yang biasa dilihat apabila berada di kedalaman laut biasa.

Biasanya kita akan dapati suasana sekeliling yang gelap apabila berada di dalam laut yang kedalamannya adalah 200 meter atau lebih.

Pada kedalaman ini,tiada cahaya yang dapat menembusi (rujuk gambar),manakala pada kedalaman lebih 1000 meter,cahaya memang tidak dapat menembusi langsung.

Manusia biasanya tidak mampu untuk menyelam lebih daripada 40 meter tanpa bantuan kapal selam atau kelengkapan khas untuk menyelam.

Manusia juga tidak boleh hidup tanpa apa-apa bantuan pada kedalaman 200 meter.

Namun kini,para saintis dapat mengkaji tentang laut dalam secara terperinci lagi dengan menggunakan alat-alat canggih dalam membantu penemuan terbaru kajian mereka.

Kita juga boleh memahami ayat ini ‘..di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal…’ bahawa di laut dalam sebenarnya diliputi oleh ombak dan di atas ombak tersebut ada lagi ombak lain yang meliputinya.

Jelaslah kini bahawa lapisan ombak kedua adalah ombak yang berada di permukaan yang kita dapat lihat,ini jelas di dalam ayat tersebut yang menyebut bahawa di atas lapisan ombak yang kedua adalah awan.

Tetapi bagaimana pula dengan lapisan pertama(ombak dalam)?Dewasa ini,para saintis telah menemui lapisan yang lebih dalam dan ia adalah disebabkan berlakunya pertembungan antara dua lapisan yang berbeza ketumpatannya.

Lapisan yang lebih dalam itu menutupi laut dalam,ini kerana lapisan dalam mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding dengan lapisan atas.

Ombak dalam adalah umpama ombak di permukaan,ianya juga boleh berhenti sama seperti ombak di permukaan.

Kita tidak dapat melihat ombak dalam dengan pancaindera kita,tetapi ia boleh dikesan dengan cara mempelajari suhu atau perubahan tahap kemasinan air laut di satu-satu tempat.

0 comments: