
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu,ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari,si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas,di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima,sungguh,bukan itu yg kuhajatkan! Dengan hati yang berat,kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan,seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu.

Penutup kotak dibuka...apa makna semua ini ??? Sebuah Al-Quran kecil, comel dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya,terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak,nafsu mudanya bergelojak.
‘Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tidak mampu utk membelikannya. Sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak’, katanya keras. Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sedikit waktu untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya,memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.
10 tahun berlalu, si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat sendiri, dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat, cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh, sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering,dari peguam ayahnya. Dikhabarkan kepadanya bahawa ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa,si anak pulang ke banglo ayahnya.

Memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya. Hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ. Dia mengambil al-quran itu,membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba., jatuh sesuatu dari al-quran itu, segugus kunci di muka belakang al-quran itu. Sebuah sampul
Sekadar renungan bersama :
- Sama-samalah kita menghargai jasa kedua ibu bapa kita yang tidak terbalas dengan berusaha untuk menjadi seorang anak yang patuh dan soleh. Kita adalah satu-satunya harta yang mereka boleh bawa ke alam akhirat nanti tetapi dengan satu syarat utama, iaitu mereka yang mempunyai anak yang SOLEH.
- Kemiskinan di dunia tak bererti terhina,itu hanya di pandangan mata,kemewahan tak bermakna hidup akan sentosa kesempurnaan Tuhan menilainya dan kekayaan yang hakiki ialah KEKAYAAN JIWA bukannya kekayaan yang mempunyai harta melimpah-ruah tetapi tiada manfaatnya.
~ Sekadar perkongsian ilmu..untuk saling mengingati ~
2 comments:
hukhukhuk.....sayangilah parents mu...rindu lak kat ayoh n maa...waaaaaaaaaa..
kiopta jangan la nanges..
kekgi banjir blog ni x pasal2..huhu
jom sama2 kte jadi anak soleh solehah !~
Post a Comment