Tuesday, April 12, 2011 |

NUTFAH : Permulaan Kejadian Manusia~


An-nutfah adalah perkataan arab yang membawa maksud setitik atau sejumlah
cecair yang sedikit.

Maksud sebenar jika dirujuk kembali pada al-Quran ialah gabungan gamet (sel seks) dari lelaki dan perempuan termasuk juga sebahagian daripada cecair yang mengelilinginya.

Ini digambarkan dalam al-Quran berdasarkan firmanNya dalam ayat di bawah :

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَى (37)

‘ Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? ‘

- Al-qiyamah 75 : 37 -

Air mani ialah yang membawa maksud bendalir asal/pati benih (germinal fluid) sama ada dari lelaki atau perempuan.

Hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menguatkan lagi fakta bahawa keturunan (anak) diciptakan daripada air mani :

مَا مِنْ كُلِّ الْمَاءِ يَكُوْنُ الْوَلَدُ...

( صحيح مسلم – كتاب النكاح – باب العزل )

‘Bukan daripada keseluruhan bendalir terjadinya keturunan (anak)…’

Juga diketahui bahawa tidaklah kesemua benih daripada ejakulasi (pancaran) berpotensi dalam proses penghamilan.

‘ Bahagian permulaan ejakulasi adalah terdiri daripada spermatozoa (sel seks lelaki yang matang),cecair epididimal dan rembesan daripada kelenjar Cowper dan prostat. Ejakulasi terakhir adalah daripada rembesan daripada vesikal seminal. Kebanyakan spermatozoa

muncul di bahagian pertama ejakulasi yang mana membentuk rembesan prostat yang utama. Demikian itu, spermatozoa pada bahagian permulaan ejakulasi mempunyai pergerakan dan kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding spermatozoa di bahagian akhir .’

- E.S.E. Hafez,Human Reproduction,1979 –

An-nutfah al-amshaj : al-amshaj dalam bahasa arab membawa maksud campuran dan an-

nutfah al-amshaj adalah campuran air mani dari lelaki dan perempuan.Nutfatul amshaj adalah merujuk kepada zigot jika berdasarkan istilah sains.

Semua sarjana Islam telah sebulat suara bersetuju pada maksud perkataan tersebut sama seperti pernyataan yang telah dijelaskan di atas.

Ini dibuktikan secara jelas lagi dengan firman Allah s.w.t. dalam ayat di bawah :

اِنَّا خَلَقْنَا الانْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ...(2)

‘ Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan)…’

- Al-insan 76 : 2 -

Penggunaan istilah 'nutfah' adalah kata nama untuk 'single' manakala 'amshaj' adalah kata sifat 'plural'.

Sekali imbas penggunaan ini bertentangan dengan kaedah nahu/tatabahasa bahasa arab yang hanya membenarkan penggunaan kata nama 'single' dengan 'single' sahaja.Tetapi 'amshaj' di sini merupakan kata sifat 'plural'.

Kajian membuktikan penggunaan ini adalah tepat.Ini kerana selepas percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan,zigot yang terbentuk sebenarnya masih lagi berada di peringkat 'nutfah'.

Manakala penggunaan istilah 'nutfatul amshaj' bermakna kombinasi pelbagai benda yang bercampur,iaitu kromosom bapa bercampur dengan kromosom ibu,bersama dengan bahan-bahan genetik dan kandungan-kandungan tertentu yang ada dalam sel.

Justeru,penggunaan lafaz 'plural' di sini amat tepat sekali.

Antara keajaiban kekuasaan Allah yang dapat dilihat ialah,apabila selesai percantuman antara sperma dengan ovum membentuk zigot,ianya akan berputar mengikut arah lawan jam.

Keadaan ini persis peredaran planet di angkasa,elektron mengelilingi nukleus sesuatu atom,bumi mengelilingi matahari dan yang menarik sekali ialah orang Islam melakukan tawaf pada peredaran arah yang sama ! Subhanallahh ~

~ Besar manakah kita ingin bangga dengan diri berbanding dengan kekuasanNya..Maha Suci Allah,Pencipta segala ~

2 comments:

Umirah said...

nk kongsi ni :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1262436856830&oid=123447544390389&comments

Anonymous said...

kalau boleh bagi cerah lagi saya suka tak nampak macam ni