Saturday, April 30, 2011 |

QARAR MAKEEN : Tempat Yang Kukuh~


‘ RAHIM ‘

Selepas selesainya persenyawaan dan terbentuknya ‘nutfatul amshaj’ (zigot – rujuk post: NUTFAH),proses yang ke seterusnya ialah implantasi/penanaman zigot ke dinding rahim (uterus).

Zigot yang terbentuk akan bergerak mencari kawasan yang sesuai di kawasan rahim ibu untuk menempel.Proses ini berlaku sekitar hari yang ke 6 atau ke 7.

Firman Allah yang berbunyi :

ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِيْ قَرَارٍ مَّكِيْنٍ (13)

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.

- Al-mukminun 23 : 13 -

Rahim adalah satu organ dan tempat yang sangat kukuh serta sangat sesuai dengan fungsinya sebagai tempat untuk penetapan zigot dari mula-mula ia terbentuk sehinggalah terbentuknya makhluk yang sempurna.

Ini merujuk kepada firman Allah ‘Azza Wajalla dalam al-Quran iaitu : ‘Quarar Makeen ‘.

Tiada perkataan yang sepadan untuk menterjemahkan makna lengkap perkataan ini selain ‘Quarar Makeen’.Subhanallah..begitu indah bahasa yang diwahyukan ini sehingga tiada kata yang sesuai untuk menterjemahkannya dengan tepat.

Frasa ini mempunyai maksud yang sangat luas dan menyeluruh yang merangkumi seluruh fakta-fakta serta penemuan-penemuan yang sudah ditemui dan yang bakal dijumpai kelak kerana ‘Quarar’ adalah frasa yang bermaksud menyeluruh dan yang merangkumi mana-mana maklumat/informasi tambahan yang berkaitan dengan rahim manakala ‘Makeen’ pula ialah yang boleh merangkumi semua penemuan terbaru tentang hubung kait antara rahim dengan tubuh manusia.

Antara maksud perkataan ini adalah benih yang disenyawakan akan menempati uterus yang menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan selanjutnya bagi zigot sehinggalah ia sempurna.Uterus juga memberi perlindungan kepada embrio.

Kedudukan rahim yang dipasang siap dengan kukuh dalam badan menjelaskan hebatnya pemilihan ‘Quarar Makeen’ oleh Al-Quran.

Zigot yang gagal menempel pada tempat yang betul (biasanya di bahagian paling belakang serta atas),akhirnya akan menatijahkan kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy).

Kandungan luar rahim boleh berlaku apabila zigot menempel di kawasan abdomen,saluran tiub fallopian ataupun di ovari.Kebiasaannya kes seperti ini akan berakhir dengan keguguran janin.

Justeru jelas kepada kita kehebatan dan kepentingan ‘Quarar Makeen’ ini dalam memastikan kesinambungan hayat generasi manusia.

~ Duhai Muslimah,sedarkah anda bahawa salah satu organ dari tubuh anda yang di gelar dengan salah satu nama dari nama-nama Allah Azza Wajalla ? Sungguh,kamu begitu mulia..oleh itu,muliakanlah dirimu dengan mematuhi segala perintahNya..~

0 comments: