Saturday, May 28, 2011 |

Khutbah terakhir Rasulullah sollahu alaihi wasallam


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.
Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
selawat dan salam kita keatas junjungan besar Rasulullah sollahu alaihi wasallam.

Menuntut ilmu itu adalah jihad di jalan ALLAH, moga sentiasa dikurniakan nikmat iman dan islam selamanya.

Selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir tahun ini, moga ALLAH sentiasa melihat kita, janganlah pula kita lupakanNYA. salam imtiyaz.
Thursday, May 26, 2011 |

Fadhilat Solat Subuh.



Assalamualaikum,
Wahai saudara-saudara dan saudari-saudariku di Tanta khususnya.

Adakah kita jaga solat subuh kita?

Ramai antara kita hebat berbicara tentang islam tetapi subuh kecundang. ALLAH maha Melihat lagi maha Mengetahui akan hambanya yang beriman.

Ingatlah sahabat-sahabatku,
ALLAH sentiasa melihat dan memerhati kita. Dia mengetahui semua benda sama ada yang tersembunyi ataupun tidak.

ALLAH tidak membebankan kita dengan dugaan yang tidak dapat kita hadapi.

Janganlah kita sombong dengan ALLAH kerana kepadaDIA lah kita akan dikembalikan.

Fadhilat-fadhilat solat Subuh.

1. Shalat shubuh memelihara setiap muslim

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)

2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.

Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)

3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم

Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)

4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من صلى البردين دخل الجنة

Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga

5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya

ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم

Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)

6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآن الْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.

وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)

7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh

وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)

وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/26/kelebihan-solat-subuh-berjemaah


Ya Tuhan kami, Engkau adalah tuhan kami, tidak ada tuhan selain Engkau; Engkau yang Menciptakan dan kami adalah abdi-Mu, dan kami berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan kami laksanakan dengan )segala kemampuan kami; dan kami berlindung pada-Mu, dari mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepada kami; dan kami mengakui dosa kami, maka ampunilah kami, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau. -petikan doa dari Al-Ma'thurat-
Saturday, May 21, 2011 |

Malaikat kecil~


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anakkecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”.


Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.


Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.


Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.


“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Monday, May 16, 2011 |

Akhlak AL-Quran.



Surah Luqman. ayat 12-19

Tafsir

ayat 12. Dan sesungguhnya, telah kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "bersyukurlah kepada ALLAH! Dan barang siapa bersyukur (kepada ALLAH), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya ALLAH Mahakaya, Maha Terpuji."

ayat 13.
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan (ALLAH) adalah benar-benar kezaliman yang besar."


ayat 14.
Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

ayat 15
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.


ayat 16.
(Luqman berkata), "Wahai anakku! Sungguh jika ada (suatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu, atau dilangit atau di bumi, niscaya ALLAH akan memberinya (balasan). Sesungguhnya ALLAH Mahahalus, Mahateliti.

ayat 17.
Wahai anakku! laksanakanlah salat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.

ayat 18
Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (karena sombong) dan janganlah berjalan dibumi dengan angkuh. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.

ayat 19.
Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai."
buat sahabat-sahabat, sebelum melihat kebangkitan islam. marilah kita sama-sama perbaiki akhlak kita. Moga sentiasa didalam rahmatNYA.
Wednesday, May 11, 2011 |

Adakah kita cinta akhirat?

Bismillahirahmanirrahim,

Kita selama ini telah lari dari tujuan hidup kita, dunia ini menjadi pilihan.Seperti kata-kata yang kita sering dengar "hidup hanya sekali, jadi jom kita enjoy".
Disebabkan itulah kita memang enjoy.Astaghfirullah...


Kita mabuk dengan teknologi yang semakin maju, kita menangis jikalau internet tiada,
keperluan hidup tidak dipenuhi seperti kereta, handphone dan sebagainya. Kita hanya menyangka kita masih muda,dalam hati terdetik "lambat lagi kita mati, nanti tua kita bertaubat".Fikiran ini sentiasa bermain di kepala kita.

Liga, championsleague menjadi kegemaran kita.Kita terlalu asyik dengan keasyikan dunia.Dunia ini dihiasi dengan pelbagai nikmat untuk disamakan seperti berada di syurga jika dinisbahkan kepada kehendak kita.Pusat-pusat membeli belah pula menjadi hobi kita yabg pada hakikatnya adalah syurga sementara.

Tetapi kita malu untuk berbuat kebaikan sedangkan ALLAH suka hambaNya yang membuat amal kebaikan.Kerana itulah golongan-golongan fakir dan miskin dipinggirkan. Ingatlah, golongan-golongan inilah yang ramai memenuhi syurga ALLAH,janji Rasulullah sollahu alahi wasallam.

Sedikit petikan dari kalam Dr Tarek Ramadhan dari hadis Nabi..

Rasulullah sollahu alaihi wasallam said : soon other countries will call upon you, as if people call itself towards dinner


sahabat said: Are we going to be few at that time? is that why we are conqured.

Rasulullah sollahu alahi wasallam said: No, you are so large in number but you are like foam over a sea ( bubbles) nothing inside.

Sahabat: why?

Rasulullah sollahu alahi wasallam: because you are weak.

Sahabat : why are we weak?

Rasulullah sollahu alaihi wasallam: When you love this world so much, and hate death so much than you become weak.
...........
Dr Tareq Al-suwaidan : this ummah has only one hope is to love akhirat and be ready to dead.

Adakah kita sudah bersedia untuk mati?
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sementara dan kehidupan akhirat adalah selama-lamanya.

Ingatlah, walaupun kita lalai, ALLAH masih sentiasa mengintai jejak langkah kita dan para malaikatNya tidak terlepas untuk merakam setiap gerak-geri kita untuk ditayangkan di pawagam yang paling besar sekali iaitu di padang mahsyar kelak tentang setiap tindakan kita! Jika banyak kebaikan yang kita lakukan,maka kita mendapat ganjaran yang sebaiknya dan jika sebaliknya,maka kita juga mendapa apa yang kita lakukan,nauzubillahi min zalik.

Jadi,ayuh perbanyakkan amal kita sebelum ajal datang menjemput.

Sebagai umat Islam, sebarkanlah da'wah islam serta sama-samalah kita nasihat-menasihati..



gengis_khan_2011

Wednesday, May 4, 2011 |

BAB 2 : Apa Itu Cinta ( novel Pengorbanan Cinta )

Apa Itu Cinta

Tidak pernah ditemui didalam kamus bahasa arab erti yang paling sesuai bagi menterjemahkan kalimah (حب ) tiada yang lain yang memberi maksud yang paling tepat kecuali dua huruf itu sendiri ( ح , ب ) ianya dapat dibuktikan dengan penemuan yang amat agung, untuk menyebut huruf ح mestilah dibuka mulut seketika sehingga hadirnya huruf ب dan ditutup kembali mulut tadi menjadikan dua bibir bertemu kembali,Oleh itu kesimpulannya disana adalah pertemuan setelah perpisahan seketika.

Kalimah cinta ialah satu kalimah pengharapan, disana adanya memberi dan menerima, saling ingin bersama setelah berjauhan. Bahkan ianya satu kalimah yang perlu dijiwai,dirasai,disegari dan ditempuhi,bahkan ianya suatu yang menakjubkan, terlalu jauh untuk dimengertikan,akan tetapi ianya telah tersebar kemana-mana.tiada yang lain selain ianya adalah suatu yang gentle, gemalai dan pastinya menjadi igauan semua orang. Kerana itulah ia dinamakan dengan keindahan yang menyinar.ianya indah,manis dan padanya terdapat keistimewaan.

Kalimah cinta sering kali digambarkan sebagai bahagia,hubungan,kemesraan,keredhaan dan ketenangan.Dialah isi dunia yang didambakan.Dengannya hari semalam menjadi indah,hari ini meriah dan esok amat dinantikan.

Sedar dari lamunan cinta

Terdapat di kalangan pencinta (yang sebenar)menghijrahkan dirinya daripada cinta yang terpesong kepada cinta yang diredhai,suci lagi membahagiakan. Beranjak daripada dunia cinta yang penuh kecurangan kepada dunia cinta yang abadi, jauh daripada kerinduan yang suram dan lubuk dosa kepada taman-taman syurga yang terbentang luas. Oleh kerana itulah Ibnu Abi Mirthad Ham diketika dia belum memeluk islam,terlarut dalam keasyikan cinta nista dan mencurahkan umurnya dari gelas nafsu bersama perempuan-perempuan, membiarkan jiwanya terhempas berkecai dan menghabiskan usia mudanya kepada debu-debu durja. Ketika mana hidayah Allah hadir, hatinya dibersihkan daripada kekotoran nafsu dan kebejatan maksiat. Sejurus itu ia terjaga dari lenaan kealpaan, dari tindak tanduk kejahilan dan dari lamunan hawa nafsu menuju suara Bilal (ibn Rabah) maka gemuruhlah tubuhnya lenturlah jiwanya lunturlah angkuhnya dan terbangun dari keegoan: Ku bertaubat kepadamu wahai tuhan. Mushaf dan masjid sebagai saksi taubatnya diterima, diketika ia tekun dan sabar dalam solat dan melazimi zikir, menjadikan namannya tersenarai disisi rabbi izzati.

أأبقى غويا في الضلالة سادرا

كفى المرء بالأسلام والشيب ناهيا

Adakah ku akan terus tenggelam didalam kesesatan yang penuh kesangsian

Cukuplah ku menjadi seorang mu’min sehingga akhir hayatku

Ini adalah salah satu syair daripada Labid bin Rabiah seorang penyair yang terkenal, yang amat merajakan alunan bait (syair) sehingga sanggup mati kerananya, tenggelam dalam syairnya sendiri, hidupnya untuk seni dan mengorbankan (diri) kerana melodi, akan tetapi Allah telah menunjukkan jalan kebenaran kepadanya, Maka dia bertaubat dari hidup yang sia-sia dan bercelaru, lantas kembali bersimpuh di sejadah dan mengalunkan bacaan Al-Quran.

الحمد لله اذ لم يأتني أجلي

حتى اكتسيت من الاسلام سربالا

Syukurku kepadamu ya Allah, sekiranya dikau tidak menghadirkanku suatu tempoh

Sehingga engkau membalutkanku dengan islam sebagai pakaianku

Iapun bernazar kepada Allah tidak lagi menyusun walaupun satu bait syair,sekira dia masih melakukannya lagi hamba sahaya akan dimerdekakan.Lalu dia berkata cukuplah bagiku surah albaqoroh itu sebagai syair.

Kisah seorang putera raja, Ibrahim bin Adham yang keasyikan di tahta. Agung di singgahsana. Lahir dari golongan kerabat diraja. Suatu hari dia berfikir berseorangan: nenek moyang dan seluruh keturunanku adalah berketurunan diraja akan tetapi dimanakah mereka sekarang?Adakah nama-nama mereka masih diingati dan disebut-sebut?cuba kamu ingati satu syair yang berbunyi:

وسلاطينهم سل الطين عنهم

والرؤوس العظام صارت عظاما

Ketika mereka memerintah sekaki tanah (kubur)

Kemegahan pemerintahannya (hanya) kepada tulang belulang.

Maka terpancarlah taubatnya lalu meninggalkan istana dan menanggalkan pakaian diraja lalu memencil diri dari kemewahan, kebesaran dan kesenangan beralih kepada ketenangan dan kemerdekaan jiwa.Tinggallah dia di pendalaman lalu hidungnya dilumurkan tanah,menu hariannya hanya sekeping roti dan tidurnya dikaki lima seraya berkata (setelah ada yang mengetahui siapa sebenar Ibrahim Bin Adham):kalaulah pihak istana mengetahui apa yang berlaku nescaya kepala kami semua pasti akan dipenggal.

Ini pula cerita Umar Bin Abdul Aziz Ibnu Nu’mah, Pewaris tahta istana, zaman remajanya dilimpahi kemewahan dan kesenangan.Geniusnya disebut-sebut.kan tetapi dirinya cenderung kepada syurga lantas meninggalkan segala yang sementara. Dan mengejar yang abadi. Dia diterima Allah Taala. Lantas dia melaksanakan apa yang diperintahkan Ar-Rahman dan berlaku adil terhadap rakyat, ikhlas dalam pengabdian, menjadi pemimpin tauladan oleh seluruh pimpinan, bersama kredibiliti yang teguh dan ilmu yang mapan serta perpewatakan merendah diri yang sebenar.

QanuniTantawi