Wednesday, May 4, 2011 |

BAB 2 : Apa Itu Cinta ( novel Pengorbanan Cinta )

Apa Itu Cinta

Tidak pernah ditemui didalam kamus bahasa arab erti yang paling sesuai bagi menterjemahkan kalimah (حب ) tiada yang lain yang memberi maksud yang paling tepat kecuali dua huruf itu sendiri ( ح , ب ) ianya dapat dibuktikan dengan penemuan yang amat agung, untuk menyebut huruf ح mestilah dibuka mulut seketika sehingga hadirnya huruf ب dan ditutup kembali mulut tadi menjadikan dua bibir bertemu kembali,Oleh itu kesimpulannya disana adalah pertemuan setelah perpisahan seketika.

Kalimah cinta ialah satu kalimah pengharapan, disana adanya memberi dan menerima, saling ingin bersama setelah berjauhan. Bahkan ianya satu kalimah yang perlu dijiwai,dirasai,disegari dan ditempuhi,bahkan ianya suatu yang menakjubkan, terlalu jauh untuk dimengertikan,akan tetapi ianya telah tersebar kemana-mana.tiada yang lain selain ianya adalah suatu yang gentle, gemalai dan pastinya menjadi igauan semua orang. Kerana itulah ia dinamakan dengan keindahan yang menyinar.ianya indah,manis dan padanya terdapat keistimewaan.

Kalimah cinta sering kali digambarkan sebagai bahagia,hubungan,kemesraan,keredhaan dan ketenangan.Dialah isi dunia yang didambakan.Dengannya hari semalam menjadi indah,hari ini meriah dan esok amat dinantikan.

Sedar dari lamunan cinta

Terdapat di kalangan pencinta (yang sebenar)menghijrahkan dirinya daripada cinta yang terpesong kepada cinta yang diredhai,suci lagi membahagiakan. Beranjak daripada dunia cinta yang penuh kecurangan kepada dunia cinta yang abadi, jauh daripada kerinduan yang suram dan lubuk dosa kepada taman-taman syurga yang terbentang luas. Oleh kerana itulah Ibnu Abi Mirthad Ham diketika dia belum memeluk islam,terlarut dalam keasyikan cinta nista dan mencurahkan umurnya dari gelas nafsu bersama perempuan-perempuan, membiarkan jiwanya terhempas berkecai dan menghabiskan usia mudanya kepada debu-debu durja. Ketika mana hidayah Allah hadir, hatinya dibersihkan daripada kekotoran nafsu dan kebejatan maksiat. Sejurus itu ia terjaga dari lenaan kealpaan, dari tindak tanduk kejahilan dan dari lamunan hawa nafsu menuju suara Bilal (ibn Rabah) maka gemuruhlah tubuhnya lenturlah jiwanya lunturlah angkuhnya dan terbangun dari keegoan: Ku bertaubat kepadamu wahai tuhan. Mushaf dan masjid sebagai saksi taubatnya diterima, diketika ia tekun dan sabar dalam solat dan melazimi zikir, menjadikan namannya tersenarai disisi rabbi izzati.

أأبقى غويا في الضلالة سادرا

كفى المرء بالأسلام والشيب ناهيا

Adakah ku akan terus tenggelam didalam kesesatan yang penuh kesangsian

Cukuplah ku menjadi seorang mu’min sehingga akhir hayatku

Ini adalah salah satu syair daripada Labid bin Rabiah seorang penyair yang terkenal, yang amat merajakan alunan bait (syair) sehingga sanggup mati kerananya, tenggelam dalam syairnya sendiri, hidupnya untuk seni dan mengorbankan (diri) kerana melodi, akan tetapi Allah telah menunjukkan jalan kebenaran kepadanya, Maka dia bertaubat dari hidup yang sia-sia dan bercelaru, lantas kembali bersimpuh di sejadah dan mengalunkan bacaan Al-Quran.

الحمد لله اذ لم يأتني أجلي

حتى اكتسيت من الاسلام سربالا

Syukurku kepadamu ya Allah, sekiranya dikau tidak menghadirkanku suatu tempoh

Sehingga engkau membalutkanku dengan islam sebagai pakaianku

Iapun bernazar kepada Allah tidak lagi menyusun walaupun satu bait syair,sekira dia masih melakukannya lagi hamba sahaya akan dimerdekakan.Lalu dia berkata cukuplah bagiku surah albaqoroh itu sebagai syair.

Kisah seorang putera raja, Ibrahim bin Adham yang keasyikan di tahta. Agung di singgahsana. Lahir dari golongan kerabat diraja. Suatu hari dia berfikir berseorangan: nenek moyang dan seluruh keturunanku adalah berketurunan diraja akan tetapi dimanakah mereka sekarang?Adakah nama-nama mereka masih diingati dan disebut-sebut?cuba kamu ingati satu syair yang berbunyi:

وسلاطينهم سل الطين عنهم

والرؤوس العظام صارت عظاما

Ketika mereka memerintah sekaki tanah (kubur)

Kemegahan pemerintahannya (hanya) kepada tulang belulang.

Maka terpancarlah taubatnya lalu meninggalkan istana dan menanggalkan pakaian diraja lalu memencil diri dari kemewahan, kebesaran dan kesenangan beralih kepada ketenangan dan kemerdekaan jiwa.Tinggallah dia di pendalaman lalu hidungnya dilumurkan tanah,menu hariannya hanya sekeping roti dan tidurnya dikaki lima seraya berkata (setelah ada yang mengetahui siapa sebenar Ibrahim Bin Adham):kalaulah pihak istana mengetahui apa yang berlaku nescaya kepala kami semua pasti akan dipenggal.

Ini pula cerita Umar Bin Abdul Aziz Ibnu Nu’mah, Pewaris tahta istana, zaman remajanya dilimpahi kemewahan dan kesenangan.Geniusnya disebut-sebut.kan tetapi dirinya cenderung kepada syurga lantas meninggalkan segala yang sementara. Dan mengejar yang abadi. Dia diterima Allah Taala. Lantas dia melaksanakan apa yang diperintahkan Ar-Rahman dan berlaku adil terhadap rakyat, ikhlas dalam pengabdian, menjadi pemimpin tauladan oleh seluruh pimpinan, bersama kredibiliti yang teguh dan ilmu yang mapan serta perpewatakan merendah diri yang sebenar.

QanuniTantawi

0 comments: