Tuesday, June 7, 2011 |

~ Ukhuwwah itu di hati ~


Sekarang adalah musim yang sangat menggetirkan bagi yang bergelar seorang mahasiswa di bumi para anbiya’ ini umpama getirnya para mujahid apabila berada di medan jihad kerana di musim peperiksaan inilah waktu yang amat dihargai oleh semua.

Tidak mungkin waktu itu terbiar tanpa setitik usaha walau sesaat cuma ! Itulah usaha dan persediaan yang mampu dilakukan oleh para mahasiswa sebelum menghadapi medan peperangan iaitu di medan peperiksaan.

Tetapi perlu diingatkan bahawa ini adalah ujian dunia sahaja dan tidak semestinya seseorang itu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan telah menentukan bahawa dia juga telah berjaya dengan cemerlang dalam ujian hakiki yang natijahnya ialah syurga ataupun neraka.

Di waktu ini jugalah si dia tidak terlepas untuk mencelah dan mengambil peluang untuk terus berusaha meramaikan pengikut-pengikutnya.

Ketahuilah,si dia and the geng akan gembira melompat-lompat apabila mereka dapat meretakkankan ukhuwwah yang telah terjalin sesama kita terutama ukhuwwah sesama ahli beit.

AWAS ! Kita akan mudah tersinggung dengan perlakuan sahabat-sahabat kita sedangkan ia adalah perkara kecil sahaja.Namun dari yang kecil jika kita mengikut petunjuk si dia,maka si kecil tadi akan berubah menjadi lebih besar dan parah seterusnya meretakkan hubungan antara kita.Itulah misi si dia !

Dalam situasi lain pula si dia akan membisikkan kita supaya kita berjiwa nafsi-nafsi,dengan kata lainnya kita lebih mementingkan diri kita daripada orang sekeliling.Ini amat bahaya kerana ia boleh mengganggu urusan orang lain.

Berikutan dari itu,kebanyakan tugas-tugas rumah yang telah dipersetujui bersama sejak awal tahun lagi tergendala.Bukan setakat tergendala bahkan ia menyusahkan orang lain yang cuba menyelesaikan apa yang ditinggalkannya.

Firman Allah dalam kitabNya :

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوْا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ..

‘Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara maka perbaikkanlah antara kamu..’

Al-Hujurat 49 : 10

Jadi marilah kita sama-sama menyuburkan sikap nasihat-menasihati antara kita untuk menjaga kemaslahatan bersama.Jika ada di antara kita seperti yang disebutkan di atas,kita sama-samalah menasihati bahawa itu hanyalah bisikan-bisikan syaitan yang menghasut kita supaya ukhuwwah antara kita tidak harmoni lagi..

‘Serendah-rendah kasih sayang adalah bersihnya hati dan setinggi-tinggi kasih sayang ialah mengutamakan orang lain’.

1 comments:

Anonymous said...

sesiapa berbuat kebaikan daripada lelaki atau perempuan padahal ia beriman , maka Kamil akan hidupkan dia dengan penghidupan yang baik [al-Nahl 16: 97]