Thursday, July 14, 2011 |

Nisfu Sya3ban~

Hadith sahih fadhilat nisfu syaban :
Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini
cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut
mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian
seperti bangun solat tahajud, membaca al-Quran (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Syaban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas
kita juga disunnahkan untuk memperbanyakkan puasa dalam bulan syabaan
TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaaban
dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu

syaaban.
Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan syabaan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu syaban.


Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu syaban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan syaban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu syaban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu syabaan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.


  • Malam Nisfu Sya'aban:
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

"Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."

-Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin

.

Rujukan:

0 comments: